Lokasi:
Sekolah ini terletak berhampiran dengan Pekan Sungai Rambai, iaitu lebih kurang 37 KM dari bandar Melaka.
Sejarah Awal:
Penduduk Mukim Sungai Rambai sentiasa berusaha dan mengharapkan agar sebuah sekolah menengah dapat didirikan di mukim mereka. Mereka seringkali mendesak pihak kerajaan supaya menubuhkan sekolah berkenaan. Niat murni mereka ini akhirnya menjadi kenyataan apabila menjelang tahun 1980 sebuah sekolah menengah baru siap dibina, yang mengandungi dua blok bangunan bilik darjah, sebuah kantin, sebuah bengkel Seni Perusahaan dan kelengkapan lain. Pada 01 Januari 1981 sekolah ini telah dibuka dan mula digunakan dengan nama SEKOLAH MENENGAH SUNGAI RAMBAI. Nama tersebut diambil bersempena dengan nama mukim sekolah ini dibina. Sekolah ini kemudiannya telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Adib bin Haji Adam, DGSM. Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Malaysia pada 03 April 1986.
Secara umumnya Sekilah Menengah Sungai Rambai adalah sekolah menegah kerajaan yang dibina khas untuk anak-anak dari Mukim Sungai Rambai yang terdiri daripada Lelaki dan perempuan
Perkembangan Sekolah
Fizikal Bangunan : Sekolah ini mempunyai beberapa blok bangunan iaitu dua blok bangunan sekolah, sebuah bangunan projek gotong-royong, satu bangunan kelas terapung, sebuah kantin, sebuah bengkel Seni Perusahaan, sebuah balai bacaan, sebuah surau dan sederet rumah guru.
Ramai Guru : Pada awal pembukaannya hanya terdapat 12 orang guru yang bertugas di sekolah ini iaitu 8 lelaki dan 4 perempuan: tetapi kini jumlahnya telah meningkat kepada 51 orang.
Ramai Kakitangan/Pekerja : Pada awal pembukaannya tiada seorang pun pekerja yang bertugas di sekolah ini. Jaga yang bertugas adalah dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Namun begitu pada masa ini terdapat seramai 11 orang pekerja yang ditempatkan bertugas di sekolah ini.
Ramai Pelajar : Pada tahun 1981, persekolahan dijalankan hanya sesi pagi sahaja dengan seramai 157 orang pelajar iaitu terdiri daripada lima kelas tingkatan satu. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar-pelajar dari SK. Sungai Rambai, SK. Sebatu, SK. Pt. Gantung, SK. Pt. Penghulu dan SK. Batu Gajah.
Pada tahun-tahun berikutnya jumlah pelajar semakin bertambah dan sehingga kini jumlah pelajar adalah seramai 905 orang(681 pelajar sesi pagi dan 224 pelajar sesi petang).
|
|
|
|
| 1. Tn. Haji Seman bin Deros |
|
|
| 2. Pn. Hajjah Norbi Bt. Husin |
|
|
| 3. Cik Nazahah bt. Mohamad |
|
|
| 4. En. Gun It Gon |
|
|
| 5. En. Yoong Yee Soon |
|
|
| 6. Cik Nazahah bt. Mohamad |
|
|